Tuesday 14 February 2017

Telefon pintar adalah telefon bimbit yang mempunyai ciri pengkomputeran maju dan ketersambungan berbanding dengan telefon bimbit biasa. Telefon pintar membolehkan penggunanya memasang aplikasi canggih di dalamnya berasaskan pelantar telefon seperti SymbianAndroidiOS atau Windows Phone. Ia juga menggunakan sistem pengendalian yang menyediakan satu pelantar untuk pembina aplikasi.

Tuesday 25 February 2014

Laptop atau Komputer Riba

Komputer riba (dikenal juga dengan istilah notebook/powerbook) ialah komputer peribadi untuk penggunaan secara bimbit.Komputer bimbit (kecil dan dapat dibawa ke mana-mana dengan mudah) adalah integrasi komponen daripada komputer atas meja, termasuk paparan, papan kekunci,peranti petunjuk(dikenali sebagai bantalan sentuh)dan juga pembesar suara ke dalam satu unit. Beratnya sekitar 1 hingga 6 kilogram bergantung pada ukuran, bahan dan spesifikasi. Sumber elektrik berasal dari bateri atau adaptor A/C yang dapat digunakan untuk mengecas bateri dan menghidupkan komputer itu sendiri. Bateri komputer riba pada umumnya dapat bertahan sekitar 1 hingga 6 jam bergantung pada cara pemakaian, spesifikasi dan ukuran bateri. Komputer mudah alih, asalnya berdasarkan monokrome CRT dan selepas itu dibangunkan menjadi komputer riba yang moden. Sebagai komputer mudah alih, ia telah menjadi lebih kecil, ringan, murah, lebih berkuasa dan paparannya lebih besar dan kualitinya juga bertambah. Dengan teknologi yang bertambah baik, penggunaan komputer riba lebih meluas untuk pelbagai tujuan.